Thursday, February 17, 2011

Petua Penjagaan KAKI

on Thursday, February 17, 2011 at 1:43am
 
1. Periksa seluruh kaki anda setiap hari dengan mencari atau merasai antara celah-celah jari kaki dan kawasan tumit. Pastikan sama ada terdapat luka, rasa sakit, melecet dan kalus (belulang).

2. Guna cermin atau minta pertolongan orang lain jika anda tidak dapat melihat kaki anda.

3. Basuh kaki anda setiap hari dengan air suam dan sabun yang lembut. Jangan rendam kaki anda kerana ia akan menjadikan kulit kaki terlalu lembut dan rapuh. JANGAN guna sarung tangan yang kasar atau berus dan jangan membasuh kaki anda terlalu lama.

4. Keringkan kaki anda dengan menggunakan tuala lembut dengan menepuk secara perlahan. Jangan gosok. Pastikan anda mengeringkan bahagian antara jari kaki kerana kulit yang lembab boleh membawa jangkitan. Anda juga boleh menggunakan bedak talkum pada kaki anda kerana ia boleh mengekalkan kekeringan di kaki.

5. Jika kaki anda kering, anda boleh gunakan pelembap untuk mencegah keretakan. Jangan gunakan pelembap di antara jari kaki kerana ini boleh membawa jangkitan.

6. Potong kuku kaki dengan menggunakan pemotong kuku selepas membasuh dan mengeringkan kaki anda. Potong kuku mengikut bentuk kuku dan jangan terlalu pendek. Ingat, jangan potong di bahagian sudut kuku. Ini boleh menyebabkan cekam atau kuku kaki tumbuh ke dalam kulit. Kemudian, kikis kuku kaki dengan pengikis kuku untuk meratakannya.

7. Jangan menggunakan alat-alat untuk rawatan kaki seperti pengikis untuk menghilangkan kalus, pisau cukur, gunting hujung tajam dan plaster kematu, jika anda menghidap diabetes. Peralatan ini dengan mudah boleh menyebabkan kecederaan atau merosakkan kulit. Gunakan batu lahar untuk menanggalkan kalus selepas membasuh kaki. Gosok batu tersebut dengan lembut di atas kalus pada satu arah sahaja. Teruskan melakukannya selama 5 minit setiap hari sehingga kalus tersebut ditanggalkan.

8. Sentiasa memakai sandal apabila ke kolam renang.

9. Jangan ke mana-mana dengan berkaki ayam, walaupun di dalam rumah.

10. Jangan biarkan kaki anda terdedah kepada suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk.

11. Lakukan senaman dan urutan kaki setiap hari untuk merangsang peredaran darah. Jangan pergi ke rumah urut untuk berurut kerana ia boleh mencederakan kaki anda.

12. Jika kaki anda luka atau melecet, bersihkan luka tersebut dengan serta-merta menggunakan salina. Sapukan krim antiseptik dan balut bahagian tersebut dengan pembalut steril. Terus membalutnya sehingga luka tersebut sembuh. Dapatkan rawatan perubatan jika luka berkenaan tidak menunjukkan tanda-tanda sembuh selepas 2 hari.

No comments:

Post a Comment