Thursday, March 17, 2011

Pelaburan Emas

Trend terkini, ramai dok pakat  kumpul emas..Public Gold, Dinar Kelantan dan terbaru Dinar Negeri Perak. Semua kat atas tu emas fizikal.. ambo tak berani simpan kat rumah..

Oleh kerana ARIL sebelah public bank, ambo melabur dalam GIA (Gold Investment Account). 
Yang ni, tak payah simpan gold sendiri. Pakai passbook je.


Akaun pelaburan emas Public Bank ini tidak memberikan interest, sebaliknya keuntungan adalah daripada kenaikan harga emas.

Berminat nak melabur? Ini bukan skim cepat kaya ye.. ini betul-betul melabur.

Caranya:
Step 1:  Pergi ke cawangan Public Bank yang berhampiran.

Step 2: Jumpa pegawai customer service dan beritahu bahawa anda ingin membuka akaun gold investment.
Amaun minimum untuk membuka akaun ini ialah 20 gram (ikut harga emas semasa). Untuk pembelian emas seterusnya minimum ialah 5 gram. Sebagai contoh, jika harga semasa emas ialah RM100/gram, maka anda kena sediakan RM2000 sebagai permulaan.

Step 3:  Pegawai akan mintak IC anda untuk proses buka akaun

Step 4 : Selesai.

Ini la ghupenye buku akaun GIA anda


 Harga emas akan berubah hari-hari mengikut harga emas semasa. Untuk melihat rate harian anda boleh tengok link ini:



Jika anda hendak mengeluarkan wang (istilah: menjual kepada bank ) maka bank akan mengira jumlah gram emas dalam akaun anda darab harga jualan bank.

Contohnya.

Rate pada 17/03/11 10:15 AM

Selling PriceBuying Price
1 gramRM 140.3300RM 134.9100

harga jualan emas = RM140.33 per gram ( harga bank jual pada anda)
harga belian emas = RM134.91 per gram (harga bank beli daripada anda)
Jika anda hendak membeli 5 gram emas, maka anda kena bayar
RM140.33 x 5gram = RM701.65

Jika anda menjual 5 gram emas kepada bank, maka bank akan membayar anda
RM134.91 x 5 gram = RM674.55

Untuk memastikan akaun ini aktif, pelanggan perlu mengekalkan sekurang-kurangnya 2 gram didalam akaun. Servis cas RM10 akan dikenakan pada awal tahun sekiranya jumlah emas didalam buku simpanan kurang dari 10 gram pada hujung tahun.


Apa kebaikan? Apa Kelemahan simpan emas dalam buku ni?? Di bawah adalah Petikan dari blog Jutawanemas.com

Kebaikan akaun simpanan emas:
1. Kos modal yang rendah, dimana anda boleh melabur dengan kuantiti yang sedikit ( 5 gram untuk Maybank dan 20 gram untuk Public bank.
2. Mudah. Anda tak perlu risau tentang penyimpanan emas kerana transaksi jual beli direkodkan dalam buku. Kalau buku hilang pun tak kisah, boleh gi bank utk ganti.
3. Boleh withdraw emas fizikal kalau nak, tapi kena bayar kos insurans dan pengangkutan.

Kelemahan:
1. Memandangkan anda tak dapat emas fizikal, maka tak boleh gadai kalau nak pakai duit. Anda terpaksa menjual emas tersebut untuk dapat cash. Kalau anda pajak emas fizikal, sebarang kenaikan harga emas akan menguntungkan kerana emas tersebut masih milik anda.
2. Anda tak boleh lihat dan pegang emas fizikal. Memang berbeza rasanya emas fizikal dan buku simpanan emas nie.
3. Transaksi belian dan jualan boleh dilakukan waktu banking hours sahaja dan mesti melalui kaunter.
4. Kena beli pakai cash. Kalau beli kat kedai emas, boleh pakai credit card.

Kesimpulan.
Bagi anda yang ingin menyimpan emas secara sedikit-sedikit, anda boleh melabur menggunakan akaun simpanan emas. Ianya mudah. Walaupun saya lebih menggemari emas fizikal, namun membeli wang dengan kaedah ini pun ok juga.

Semoga maklumat ini membantu anda untuk menyimpan emas.

2 comments:

  1. awk, kalo maybank ada x benda mcm nie? sy pun dah letak banner awk

    ReplyDelete
  2. Maybank ada, tapi spread beli dan jual tu banyak sikit...boleh baca kat blog jutawanemas.com tu

    p/s dah click kat banner heart beat saya?

    ReplyDelete