Monday, April 11, 2011

Yeay! Berjaya Menambah lagi RM500 saham Bank Rakyat

Mungkin ada yang dah tahu..atau mungkin ada rakan-rakan yang belum tahu. Bank Rakyat telah membuka lagi RM1billion unit saham kepada umum. Tapi terhad kepada RM500 soarang sahaja kepada pemegang saham atau pelabur baru.

Tak berkesempatan untuk berkunjung ke Bank Rakyat kat KL, kami yang kebetulan pulang ke Kelantan, ambil peluang untuk register kat Cawangan Wakaf Che Yeh. Kononnya tak ramai..tapi, 4 jam jugak menunggu untuk selesaikan urusan. Bagi pemegang saham sedia ada macam saya, hanya 5 minit je transaction. Amik nombor giliran, isi borang tambahan share dikepilkan dengan salinan NRIC dan isi borang deposit bank RM 500...setel.

Bagi urusan nak apply ahli, kena 2 salinan NRIC ie untuk buka akaun saving + permohonan saham.
Buka buku kena RM 20 termasuk caj kad ATM. Yang orang beratur panjang lama-lama tu sebab nak buka buku saving tu la...

Selain itu, ada lagi satu borang bagi sape-sape yang nak beli saham melebihi RM500. Borang ini akan di hantar ke HQ utk kelulusan. Kami letak RM5000 setiap sorang...harap-harap ada lagi...yang ini tidak perlu letak duit ye!

No comments:

Post a Comment