Wednesday, February 6, 2013

Muncul kembali...

Setelah berhabuk dah blog ni, akhirnya baru berkesempatan update ...

Ketika rajin datang.. nnti nak share teknik mendorong pelajar / anak gaya Nabi Muhammad..

Semoga dapat manfaat dari pembaca..

Monday, April 11, 2011

Yeay! Berjaya Menambah lagi RM500 saham Bank Rakyat

Mungkin ada yang dah tahu..atau mungkin ada rakan-rakan yang belum tahu. Bank Rakyat telah membuka lagi RM1billion unit saham kepada umum. Tapi terhad kepada RM500 soarang sahaja kepada pemegang saham atau pelabur baru.

Tak berkesempatan untuk berkunjung ke Bank Rakyat kat KL, kami yang kebetulan pulang ke Kelantan, ambil peluang untuk register kat Cawangan Wakaf Che Yeh. Kononnya tak ramai..tapi, 4 jam jugak menunggu untuk selesaikan urusan. Bagi pemegang saham sedia ada macam saya, hanya 5 minit je transaction. Amik nombor giliran, isi borang tambahan share dikepilkan dengan salinan NRIC dan isi borang deposit bank RM 500...setel.

Bagi urusan nak apply ahli, kena 2 salinan NRIC ie untuk buka akaun saving + permohonan saham.
Buka buku kena RM 20 termasuk caj kad ATM. Yang orang beratur panjang lama-lama tu sebab nak buka buku saving tu la...

Selain itu, ada lagi satu borang bagi sape-sape yang nak beli saham melebihi RM500. Borang ini akan di hantar ke HQ utk kelulusan. Kami letak RM5000 setiap sorang...harap-harap ada lagi...yang ini tidak perlu letak duit ye!

Wednesday, March 30, 2011

Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan Visa Pembantu rumah ku

Semua tahu saya kalut dok mencari bibik utk jaga anak-anak kat rumah dek kerana 'kakak' @ pembantu rumah tempatan tidak betak bekerja di rumah kami...

Ding..dong..ding..dong...terpaksala amik pembantu rumah indon jugak...berbeza dgn pengalaman lalu, kali ini bibik ni datang dengan Visa Pelancong...berlarian kami ke Port Klang mengambiknye...kos x murah jugak..RM4500 melayang...

Next step : kena cepat-cepat mohon J.P visa .. ' Permohonan JP Visa  = maid dah ada/ masuk malaysia atas visa pelancong ' . Kalau permohonan biasa boleh tau dlm masa 3-4 hari.. JP Visa resultnye 14 hari baru tahu. Semua urusan kat Pejabat Imigresen Putra Jaya...boleh jugak kat tempat lain, tapi lambat sikit...
Sebelum tu, bertungkus lumus kami sediakan dokumen2 dengan mengisi borang-borangnye...

Oh!! sebelum tu kena pegi matikan stem untuk kontrak kerja 2 salinan, dan jugak personal bond ..semua kat situ dah makan RM30.

Borang-borangnye leh print out dari sini

Tak macam permohonan biasa, kita kena kepilkan jugak surat rayuan, nyatakan kenapa kita terpaksa amik si bibik ni kerja dengan kita...ala-ala terdesak gitu...Lepas dah submit borang, kena pulak mengadap pegawai imigresen kat dalam..konon2 interview la..kecut jugak mula2 tu..tapi alhamdulillah..orang tu tak tanya apa pun, terus sign je...agen tu pesan, kalau diorang tanya, cakap bibik tu datang berjalan umah kawan dia kat rumah jiran kita..ha..ha

Selesai interview, kena tunggu ke kaunter untuk print out apa yang patut.. result selepas 14 hari bekerja...

 Tak sabar punya pasal, termasuk takut visa pelancong expired, saya call jugak imigresen lepas seminggu..Alhamdulillah dah lulus pun. kata pegawai tu, datang ke inigresen, bawak bank draft  atas nama Pengarah Imigresen Malaysia , RM960, bayar kat cashier, then amik sticker...Then kena proceed ke fomema plak..

Dari putrajaya, kami berkejar ke pejabat fomema di Damansara pulak...Nasib baik ada contoh borang bibik2 yang lepas...sesape yang nak tau rupe borang tu, click sini .  Isi siap2 kat umah, buat bank draft RM 190 siap2...Lepas register, ingatnya nak bawak terus bibik ke klinik..rupanya datang bulan la pulak!! Aiyo, sempat ke ni... result 10 working days pula..kalau expired, kena denda pulak...

Dan-dan bibik boleh solat, terus pegi buat check up..Alhamdulillah..tak ada apa2...sama macam tadi, baru 5 hari lepas buat check up, kami check je result fomema.kat sini

Jawapannya "Suitable, please proceed to immigration"..
.Alhamdulillah, LULUS...

Esoknya terus ke kauter putrajaya ...amik sticker.. kalau ikutkan dah expired 2 hari, tapi sebab busy kot, diorang tersalah kira...tak le kena denda..Alhamdulillah...selamat..kalau tak kena gak alam RM100 kot...

Gitu ler ceritanya...bukan senang nak senang..itu ler frust jugak kalau kes bibik lari ni...
Harap-harap kali ni kekal la lama skit...

ini bibik saya..SUMARNI namanya

Monday, March 28, 2011

Kerja Sendiri atau Makan Gaji???

Haih....

Sekali lagi persoalan ini bermain-main di fikiran...
Buntu di buat nye...Apa harus ku lakukan?

80% hati untuk go all out for business..tapi masih takut-takut...
Bukan apa, sebab tak ada back up simpanan yang mencukupi...takut biz x menjadi..

Adakah itu alasan yang logik?

Tapi, kalau buat separuh-separuh..memang la susah nak menjadi.sebab badan, kepala otak kena bahagi dua...

Go for bisness??
Plan dah ada..modal dah ada...sifu dah ada...
Cuma yang menghalang adalah persoalan mampukah aku dapat income macam gaji sekarang??


Any comment???

Jalan-jalan kat blog orang, terjumpa ulasan buku pasal ni...

Buku dari Robert Kiyosaki bersama Sharon Lecture. Before You Quit Your Job 10 Real Life Lessons Every Entrepreneur Should Know About Building a Multimillion Dollar Business.

Pendapat peribadi saya, kebanyakkan buku karya Robert berkait rapat antara satu dengan yang lain. Pendapat saya, tiga buku utama yang menerangkan prinsip asas Robert ialah Rich Dad Poor Dad, Cashflow Quadrant dan Retire Young Retire Rich. Konsep asas dalam 3 buku utama ini digarap dalam buku Before You Quit Your Job dan ditulis khusus untuk orang yang ingin berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri.

Jom kita tgk 10 perkara yang perlu diambil kira sebelum berhenti kerja mengikut kata2 si Robert nih:
  1. A Successful Business is Created Before There is a Business (Perniagaan yang berjaya sudah diwujudkan sebelum ia bermula)
  2. Learn How to Turn Bad Luck to Good Luck (Belajar menukar nasib tak baik kepada nasib baik)
  3. Know the Difference Between Your Job & Your Work (Tahu perbezaan tugas dan pekerjaan anda)
  4. Success Reveals Your Failures (Kejayaan akan menunjukkan kegagalan anda)
  5. The Process is More Important Than the Goal (Perjalanan itu lebih penting dari matlamat)
  6. The Best Answers are Found in Your Heart… Not Your Head (Jawapan terbaik adalah dari hati bukan otak)
  7. The Scope of the Mission Determines the Product (Matlamat perniagaan anda menentukan produk)
  8. Design a Business That Can Do Something That No Other Business Can Do (Bina perniagaan yang ingin dibuat lain dari yang lain)
  9. Don’t Fight for the Bargain Basement (Jangan bersaing dengan keuntungan yang rendah)
  10. Know When to Quit (Tahu bila perlu berhenti)
Itulah dia 10 perkara yang Robert cuba sampaikan dalam buku dia. Ini adalah kata2 dia dan setiap orang mempunyai pendekatan yang tersendiri. Apapun ini adalah buku yang sgt menarik dari segi kandungan. Seperti biasa Robert mempunyai cara yang menarik utk menerangkan semua teori2 dia dan disokong oleh Sharon. Kalau sape yang dah baca buku ni akan berpendapat utk memulakan perniagaan bukanlah semudah 1)Berhenti Kerja 2)Mulakan Perniagaan. Namun Robert jugak menggalakkan pembacanya ambik risiko, seperti buku2nya yang lain.

Nak kena cari buku ni la..kot2 dapat idea...

Tuesday, March 22, 2011

Jom Exchange Banner

Jom Exchange Banner..

Rata-rata blog saya pegi, ada Ikon Exchange Banner...Penting ke??

Bila baca-baca tutorial, rupanya banner pada sesebuah blog sangat penting sebagai satu trademark atau icon pada blog itu.

Sebagai Newbie, saya ikut je..orang kata, kalau nak belajar, kena ada sifu... Salah satu sifu saya sekarang, blogger muda Firdaus Kasim (http://firdauskasim.blogspot.com)

Untuk membuat page banner seperti dalam blog ini, anda haruslah mempunyai banner terlebih dahulu. Untuk membuat banner yang paling simple, sila pergi ke mybannermaker

Blog anda boleh menjana traffic pengunjung yang banyak jika mempunyai banner yang menarik. Apabila anda sudah mempunyai banner, maka, anda haruslah mempromosikan banner tersebut dengan melakukan 'exchange banner' pada blog yang mempunyai banner.

Untuk mengumpul banner daripada blogger yang lain, anda haruslah mempunyai ruangan khas untuk meletakkan banner tersebut. Membuat page baru, adalah cara yang terbaik. Ikuti langkah demi langkah dibawah untuk mencantikkan page banner supaya ia tidak kelihatan berserabut dan tak tersusun.



Banner saya dah siap..siap dengan code nya sekali...
Sudi-sudikan copy banner saya, leave comment kat bawah dan saya akan masukkan link banner rakan-rakan di sini...

Create your own banner at mybannermaker.com!








Photobucket
daveharm.comPowered by BannerFans.com
CODE BANNER 4CODE BANNER 5CODE BANNER 6